coming soon

Assalamualaikum Peperiksaan Menengan Rendah atau lebih dikenali sebagai PMR dah semakin dekat. Mengikut kiraan yang telah dibuat ole...



Assalamualaikum

Peperiksaan Menengan Rendah atau lebih dikenali sebagai PMR dah semakin dekat. Mengikut kiraan yang telah dibuat oleh kawan-lawan aku, lagi 25 hari. Tapi aku masih juga seperti dulu. Buat-buat tak ambil kisah. Sebab lagi aku fikir pasal benda tu, lagi serabut otak aku.

Disebabkan tak nak fikir pasal PMR tu, aku just concentrate on belajar je. Buat-buat macam aku belajar untuk PMR yang lagi 4-5 bulan. Dan definisi bagi belajar bagi aku ialah duduk dengan kawan, buka buku, buat latihan, tanya bila tak faham. Standard aku buat macam tu untuk mathematics je. Sebab itu subjek yang paling aku lemah. Tak suka, tapi kena cuba survive untuk 25 hari ni.

31/8 pergi tengok wayang dengan Bat and Sab. Ayah Bat drive. Hajat nak pergi The Curve, tapi jammed tak gerak-gerak. Lepas tu decided to go to the One Utama je. Wayang start pukul 7, kitorang sampai pukul 6. Beli tiket. Satu jam jalan-jalan around the One Utama. 6. 50 masuk balik, beli popcorn, masuk panggung.
Cerita: This Is Us. One Direction punya biography. 3D. Best sangat. Rasa nak tengok lagi. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi PMR, so lupakan je.

4/9 pinjam DVD dari Sab. Cerita: Conjuring. Tengok dengan Disaster Five dekat rumah aku. Hi-Fi turned to high volume, suara hantu tu menjerit sampai tiga buah rumah boleh dengar. Best sangat-sangat. Serious tak tipu.

6/9 Ikah and Ila tak datang, Iffah pun sama. Which mean aku lonely. All I’ve done was ambil buku KH, jalan pergi kelas RK1 sebab aku memang belajar KH dekat situ. Aku dan separuh dari budak kelas tu. Budak kelas aku yang lain yang ambil Perdagangan dan Keusahawanan, pilihan 4 belajar dekat bilik jahitan. Dengan budak kelas RK1 juga. Buat paper set 2 KH, dapat 43/60. Takpa, ada kemajuan. Alhamdulillah.
Kelas aku dan RK1 tu jaraknya bersamaan dengan satu padang bola sepak. Aku kena keliling satu sekolah tu baru boleh sampai kelas. Serious tak tipu. Sampai je dekat kelas, ustazah tengah mengajar. 3 helai kertas yang ustazah bagi tu, 2 helai diorang dah siap bincang. Serious aku dah ketinggalan. Tapi takpa, sebab lepas tu aku revise balik dengan Hanim.

Pergi rehat dengan Al and Fatin. Makan keropok lekor dan air coco. Macam biasa. Berborak tak ingat dunia. Masuk kelas lepas 5 minit waktu rehat tamat. Macam biasa Al dengan Fatin hantar balik ke kelas.
Sampai dekat kelas, time sejarah. Cikgu tak ada. Bosan tahap petala kelapan sebab dua masa. Duduk dekat tempat sendiri, ambil buku The Book of Tomorrow dan baca.Orang sebelah dengan belakang tak datang, jadi aku just duduk diam dan baca buku novel tu. Shariz dua tiga kali lalu sebelah aku sambil pegang kertas maths yang cikgu bagi.

Satu couple yang aku pernah sound sebab pegang tangan tu sibuk berborak dengan kawan-kawan dia. Sakit mata, sakit hati. Aku sound diorang, diorang buat lagi. Depan aku pulak tu. Saja nak menunjuk yang diorang tu buat dosa. Haih, jahiliah moden lah katakan. Nak je aku sound lagi.

Tiba-tiba Shariz berdiri dekat meja sebelah aku. Aku pandang dia dan dia tengah pegang kertas maths dengan dia punya pencil case. Dia cakap, "Nak duduk sini. Sana bising. Boleh?" aku angguk je. Sebenarnya apa yang dia cakap aku dengar sama-samar je. Sebab earphone dari awal dah sumbat telinga.

"Baca novel?"

Angguk. Dia minta tengok tajuk.

"The book of tomorrow." Dia sebut. Lepas tu dia pandang kertas dia balik dan aku kembali menatap buku dekat tangan.

Aku ternampak perempuan-perempuan dekat depan aku pandang jeling-jeling. Maybe dalam hati diorang, "eleh, cakap orang. Dia pun sama." aku buat-buat tak nampak je. Diorang tak tahu yang jarak aku dengan Shariz  satu kerusi boleh letak which mean agak jauh. Aku okay je duduk sebelah lelaki as long as we don’t touch each other and that guy tak kacau pembacaan aku.

Tak lama lepas tu, aku feel mengantuk tahap giga and I fell asleep. 15 minit, cikgu still tak masuk. Otak dah tepu, so aku decided untuk buat kerja maths tu. Agak lama jugalah aku berguru dengan Shariz nak siapkan kertas maths tu. Dia pun sabar je layan perangai kasar + banyak tanya aku. Nasib badan dapat kawan perempuan macam aku.


Based on the entry, aku rasa korang tahu kut aku jenis orang yang macam mana. Selalu tak ambil kisah pasal benda penting. The last but not least, for the coming soon PMR, aku harap aku boleh survive. Tak sabar nak habis, merdeka for awhile before masuk form 4. Haih, the feeling lah. Goosebumps.

I'm so sorry I can't tell you. I'm not ready and I'm so afraid. I just don't want you to look at me in different perspective. I'm truly sorry...


You Might Also Like

0 comments

Harsh words are forbidden.

Flickr Images