Pasar Terapung, Perlis

1/13/2021 09:45:00 pm
Assalamualaikum

Hari ni I nak kongsi dengan korang satu tempat menarik dekat Perlis. Korang mungkin dah tahu sebab ada akaun @PerlisAktif di Twitter dan bagitahu tentang tempat ni. Tapi I nak juga kongsikan pengalaman I sendiri pergi kat sini. I pergi sebelum pengumuman PKP lagi, 3 Januari 2021. Dah lama baru nak kongsikan dekat sini. Asyik tak berpeluang je nak menulis. Tulis assignment lagi penting haha.

I tak tahu korang tahu ke tak yang I bukan orang Perlis. I belajar je di salah satu universiti kat sini. Jadi dari kolej kediaman I naik bas ke KWSP Kangar. Haa lepas tu mula la sesi berjalan dengan kawan I. Alhamdulillah cuaca masa tu elok je walau sedikit mendung.

Pasar terapung ni bertempat di Pengkalan Assam, Kangar atau dikenali sebagai Denai Larian. 

Jadi kami berjalan dari KWSP ke Pengkalan Assam tu. Jalan kaki dalam setengah jam atau lebih ada kot. Pertama kali kami pergi jadi tak sedar sejauh tu la. Rupanya ada je jalan shortcut. Dah balik baru tahu -_-

Sebelum masuk kami kena scan MySejahtera dan scan suhu dulu baru boleh masuk. Bila dah berjalan di tempat yang ramai orang, kena pandai jaga diri sendiri contohnya jaga penjarakan sosial. Jumlah sampan yang ada hanya 10. Kira okay la sebab tasik di situ pun tak besar mana pun. Selain dari penjualan makanan dekat sampan tu, ada jugak yang jual di bawah khemah.

Aktiviti yang ada hanyalah kayak dan naik sampan. Seorang RM2 selama 20 minit. Macam menarik tapi kami tak naik pun sebab waktu tu mendung sangat dah. Gambar-gambar di dalam post ini telah di-edit jadi tak nampak sangat mendung tu.

Ada banyak meja dan kerusi disediakan di tepi tasik. Jadi selepas buat pembelian pengunjung boleh duduk mana kat situ. Makanan yang dijual pun boleh tahan, berpatutan dengan harga. Kami beli:
  • Somtam mangga - RM5
  • Rojak buah - RM5
  • ABC - RM3.50
Ini memang harga biasa kat Perlis ni. Somtam tu ada tempat yang lebih murah dan sedap dari kat situ tapi kalau nak cuba okay je. Ada banyak lagi makanan yang kami tak sempat nak rasa sebab lepas tu hujan turun selenbat-lebatnya. Nasib baik kami berdua bawak payung seorang satu. Berlindungkan payung je la duduk di kerusi dan meja yang disediakan sambil makan makanan yang kami beli. Gambar pun tak sempat nak ambil ;-;

Pengalaman yang menarik walaupun bagi sesetengah orang dekat sini kosong je takde apa. I rasa seronok je perhgi sini sambil exercise kaki. Haa lepas tu balik rumah 3 hari sakit peha. I tak biasa jalan jauh-jauh ^^"

Kalau korang datang ke Perlis, jangan lupa singgah kat sini. Ada lagi tempat menarik kat Perlis ni yang I tak jejak lagi. Padahal dah 4 tahun duduk sini haha. Nanti bila I pergi, I akan kongsikan kat sini lagi.

Sehingga I menulis lagi,
Assalamualaikum