UPU

5/17/2016 12:07:00 pm

Assalamualaikum

Macam yang semua tahu, semalam keputusan UPU dah keluar kan. Tapi sebelum tu ada yang bagi unofficial link untuk check keputusan. Aku tak guna pun unofficial link tu sebab niat dalam hati memang nak tunggu jugak sampai pukul 12 tengahari. 

Tepat je pukul 12 tu, aku pun pergi la buka laman web UPU, sekali dia bagi "500 Internal Server Error". Aku pun macam, okay faham ramai orang nak check jugak kan. Jadi aku pun rileks la dulu kan. Nanti boleh check lagi.

Tepat pukul 12: 04 tengahari, UPU tu mesej aku, kata aku berjaya ditawarkan Program Dipoma dekat Universiti Malaysia Perlis. Masa dapat mesej tu, memang aku berdebar gila. Firstly, fikir tak sangka dapat universiti kat sana. Secondly, sebab jauh gila dari rumah - aku bukanlah seorang yang reti berdikari, masa pergi KLCC pun tersalah naik train ಡ_ಡ. Lepas tu aku bagitahu kakak dengan mak aku. Dorang pun macam, "lah kenapa jauh sangat". Sebab kalau boleh memang mak aku nak aku belajar dekat-dekat je. Kalau kat Johor ke, okay la jugak kan.

Banyak kali jugak la fikir nak pergi ke tak sebab ayah aku kerja kat Sabah, jadi dia tak dapat la nak hantar aku masuk uni. Mak aku pulak tak reti bawak kereta, so bab pengangkutan tu payah sikit la.

Tapi, alhamdulillah bersyukur sangat-sangat walaupun jauh, aku dapat jugak la tawaran buat diploma tu. Dan bersyukur juga sebab ada abang saudara yang belajar kat sana, so apa-apa hal boleh minta tolong dia. Mula-mula ingatkan dapat course Kejuruteraan Komputer, sama dengan abang saudara aku tu. Tapi tak, aku dapat Kejuruteraan Metalurgi. 

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih course tu sebagai pilihan ketiga masa apply UPU haritu (。・_・。)

Bila keluarga, kawan-kawan semua tanya kej. metalurgi tu apa, aku jawab "metal. black metal. dan heavy metal." haha okay, hambar. Belajar pasal logam, ngadap kimia lagi. Okay tu je. Bye 

p/s i; InsyaAllah, 29 Mei ni pergi daftar pastu terus masuk first sem.
p/s ii; nanti rindu family, rindu kucing, first time tak puasa sama-sama _

16 comments:

  1. Mula mula memang tak biasa, jadikan ini sebagai batu loncatan untuk berdikari :) Tahniah !!! :D

    ReplyDelete
  2. Congrats babe!

    ReplyDelete
  3. ^^^^ hehehe thank you semua :D

    ReplyDelete
  4. congrats! insyaallah kt uni nnti mcm2 kita boleh explore

    ReplyDelete
  5. All the best Leo :)

    ReplyDelete
  6. tahniah!! belajar elok-elok nanti :)

    ReplyDelete
  7. ^^^ terima kasih daun keladi (✿◡‿◡)

    ReplyDelete
  8. first time dgar metalurgi /noob/ goodluck! jauh-jauh nanti dapat belajar berdikari apaaaaaaa ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya course ni dalam 1 malaysia, kat situ je yang ada hahaha thank youu ♥

      Delete
  9. First time jugak dgr course metalurgi.
    All the best for university life. ^^

    ReplyDelete
  10. Haha, kejuruteraan metal. Memang tak pernah dengar lagi tu >.<' apa-apapun good luck! waktu macam ni lah nak start belajar jadi independent :3

    ReplyDelete
  11. dear leo,
    same to me in first impression about engineering metalurgy when i get this course also.. i had to aside my ambitions as actuary science to began my life & future even engineering is not my type..now in 2nd sem, i found this course is fun even i had to learnt chemist..i figure sometimes interested can be fostered.. gudluck ^_^
    from;itazuramaid

    ReplyDelete

Harsh words are forbidden.